Saturday, July 3, 2010

Sigmund Freud

Sigmund Freud dilahirkan dengan nama asalnya Sigismund Schlomo Freud, pada 6 Mei 1856 di Freiberg di Mahren, Moravia, Austria (sekarang dikenali sebagai Pribor, Republik Czech). Ayahnya yang bernama Jacob adalah seorang peniaga bulu kambing biri-biri dan ibunya bernama Amalia. Beliau adalah berbangsa Jerman yang berketurunan Yahudi, namun menganggap dirinya adalah seorang atheist. Ketika berusia 4 tahun, beliau dan keluarganya berpindah ke Leipzieg, Jerman dan seterusnya ke Viena, Austria apabila perniagaan bapanya merosot akibat krisis ekonomi pada tahun 1857.
Freud merupakan anak kesayangan ibunya dari tujuh beradik dan sentisa mendapat keistimewaan berbanding saudara-saudaranya yang lain. Ketika belajar pada waktu malam, hanya beliau yang dibenarkan menggunakan lampu manakala saudaranya yang lain hanya menggunakan lilin untuk belajar. Ibu bapanya juga menyediakan sebuah bilik khas yang lengkap dengan segala perabot untuk kemudahan beliau.
Pada tahun 1865, Freud memasuki Universiti Leopoldstädter Communal-Realgymnasium. Beliau dikenali sebagai seorang pelajar yang genius dan beruapaya menguasai lapan bahasa dan menyelesaikan ijazah kedoktorannya pada usia 30 tahun. Beliau pernah menyertai fakulti kedoktoran di Universiti Vienna untuk belajar di bawah bimbingan Profesor Karl Claus. Kemudian, beliau menghasilkan kajian pertamanya mengenai belut. Tahun 1876 pula, beliau menyertai Physiological Institute of Ernst Wilhelm von Brücke dan sempat berkhidmat sebagai tentera selama setahun pada 1879.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai profesor di University of Viena dan pada tahun 1905 beliau mengejutkan dunia dengan teori perkembangan psiko seksual (Theory of Psychosexual Development) yang mengatakan bahawa seks adalah faktor pendorong yang paling kuat untuk melakukan sesuatu. Antara hasil kerja Freud yang sangat terkenal adalah:
Studies on Hysteri a(1895)
The Interpretation of Dreams (1899)
The Psychopathology of Everyday Life (1901)
Three Essays on the Theory of Sexuality (1905)
Jokes and their Relation to the Unconscious (1905)
Beyond the Pleasure Principle (1920)
The Ego and the Id (1923)
The Future of an Illusion (1927)
An Outline of Psycho-Analysis (1940)
Istilah psiko analisis yang dikemukakan oleh Freud boleh diertikan sebagai sebuah teori kepribadian dan psiko patologi, sebuah alat terapi untuk gangguan-gangguan kepribadian dan satu teknik untuk menyiasat fikiran dan perasaan individu yang tidak disedari oleh individu itu sendiri.
1930, Freud telah menerima ‘Goethe Prize’ sebagai penghargaan terhadap penglibatannya dalam bidang psikologi dan kesusateraan budaya Jerman. Tiga tahun selepas itu, Nazi memerintah Jerman dan membakar sebahagian besar buku-buku Freud. Beliau melarikan diri ke London dan meninggal dunia di sana pada tahun 1913. Sebagai seorang perokok tegar, beliau mengidap kanser mulut dan telah menjalani lebih dari 30 kali pembedahan dalam tempoh 16 tahun.

No comments:

Post a Comment