TAJUK : MENGUKUR PERSONALITI DALAM PEMILIHAN PERSONEL : BEBERAPA INOVASI BARU
1.0 PENDAHULUAN
Jurnal ini telah dihasilkan oleh Chockalingam Viswesvaram, Jurgen Deller dan Deniz S. Ones. Jurnal ini diterbitkan pada September 2007. Bagi menilai personaliti individu di dalam pemilihan personel, beberapa isu pengukuran perlu ditekankan. Jurnal ini membincangkan mengenai tiga isu baru dalam mengukur personaliti dalam pemilihan personel. Jurnal ini dianalisakan oleh beberapa tajuk utama daripada pelbagai bahan rujukan yang berkaitan. Tiga isu baru telah diutarakan di dalam jurnal ini. Isu pertama, penulis membincangkan tentang inovasi baru untuk mengukur personaliti dalam pemilihan personel. Dalam isu kedua pula, penulis membincangkan setiap inventori personaliti yang digunakan mempunyai kesahan yang tinggi dan perlu mencapai standard untuk sesuatu pekerjaan. Manakala isu yang ketiga, penulis membincangkan mengenai calon – calon yang mengambil ujian personaliti yang menjawab soalan secara tidak jujur atau berpura – pura.
2.0 ISU – ISU UTAMA DALAM JURNAL
2.1 Mengukur personaliti dalam pemilihan personel : Inovasi baru
Penulis menekankan bahawa inventori personaliti yang digunakan haruslah memenuhi kehendak jawatan dalam organisasi. Penggunaan inventori personaliti semakin popular digunakan untuk setiap calon temuduga dalam menerangkan gelagat sesebuah organisasi. Item - item yang digunakan untuk menilai personaliti calon haruslah diteliti kembali. Menurut, Schmitt & Kunce, 2002, inventori harus sentiasa diperbaharui bagi mengurangkan kadar kepura – puraan dalam menjawab soalan. Menurut Heggestad, Morrison, Reeve, & McCloy, (2006), item – item haruslah sentiasa diperbaharui untuk menjamin keberkesanan sesuatu ujian personaliti.
2.2 Kesahan yang tinggi dalam ujian personaliti
Penulis membincangkan setiap inventori personaliti yang digunakan mempunyai kesahan yang tinggi dan perlu mencapai standard untuk sesuatu pekerjaan. Barrick dan Mount, (1991), menyatakan bahawa kesahan yang tinggi di dalam ujian personaliti dapat melicinkan sesuatu proses pemilihan pekerja. Lima faktor utama dalam memastikan kesahan ujian personaliti dalam pemilihan pekerjaan yang spesifik ialah meningkatkan pekali kesahan bagi sesuatu ujian personaliti, meningkatkan keuapayaan kognitif, fakor budaya dan sosial, faktor persekitan dan trait individu, dan akhirnya dapat mengenal pasti trait lain yang mungkin berkaitan dengan personaliti.
2.3 Ketidak jujuran dalam menjawab soalan
Cf. Dilchert, (2006), telah melakukan penyelidikan mengenai ketidakjujuran calon dalam menjawab soalan – soalan inventori. Kebanyakkan calon – calon temuduga akan cuba untuk menjadi pelakon ketika menjawab soalan mengikut kehendak jawatan pekerjaan yang dipohon. Mereka akan berpura – pura seperti mereka mempunyai personaliti yang dikehendaki bagi sesuatu jawatan yang dipohon. Kuncel dan Borneman, (2007), mencadangkan sebuah kaedah baru dalam mengenal pasti “fakers” atau pengambil ujian yang tidak jujur adalah dengan meletakkan item positif dan negatif bagi sesatu ujian personaliti itu.
3.0 KESIMPULAN JURNAL
Jurnal ini secara keseluruhannya membincangkan tiga perkara baharu yang penting dalam menjawab persoalan – persoalan yang berkaitan dengan personiliti individu di tempat kerja. Pelbagai pandangan dan kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan inventori personaliti dalam pemilihan personel. Memahami garis panduan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi akan dapat membantu para calon untuk membentuk personaliti yang bersesuaian. Personaliti di tempat kerja merupakan suatu isu yang penting dalam kebanyakan negara dan budaya. Trait personaliti akan menjadi lebih kompleks dengan pertambahan faktor – faktor konteksual. Harapan penulis agar jurnal ini menjadi rujukan yang berguna dan memberi informasi bagi kajian – kajian yang akan datang.
4.0 PANDANGAN TERHADAP JURNAL
Dalam proses pemilihan personel, ujian digunakan sebagai peramal yang bersifat objektif. Melalui ujian yang dijalankan ke atas pemohon, proses pemilihan akan menjadi lebih mudah kerana jumlah calon yang ramai akan dapat dikurangkan melalui proses penapisan yang sistematik. Ujian personaliti merupakan salah satu ujian yang menpunyai hubungan dalam kerjaya. Tret – tret personaliti tertentu boleh menyumbang ke arah kepuasan dan prestasi kerja (Najib Ahmad Marzuki, 2007).
Mengikut kefahaman kami, penulis jurnal ini cuba membawa pembaharuan di dalam proses temuduga kepada pemilihan personel. Beberapa isu penting di utarakan bagi memperlihatkan kealpaan yang sering dilakukan oleh pihak penemuduga ketika sesi temuduga dijalanakan. Penulis jurnal telah menggabungkan jurnal-jurnal lain yang berkaitan dengan isu tersebut dan telah membuat rumusan secara langsung terhadap jurnal-jurnal tersebut. Penulis berpendapat aspek inventori personaliti harus diperbaiki untuk melihat personaliti personel hampir menjerumus kepada bidang atau jawatan pekerjaan yang dipohon.
Secara keseluruhannya, jurnal ini membincangkan tentang inovasi – inovasi baru untuk penambahbaikkan item – item di dalam ujian – ujian personaliti untuk pemilihan personel. Penulis jurnal ini berjaya mengemukan pandangan baru terhadap keberkesanan pemilihan personel di dalam aspek ujian personaliti. Kajian terhadap isu ini harus diperluaskan untuk memberi kesan yang positif terhadap ujian personaliti yang akan dijalankan sewaktu pemilihan personel kelak.
RUJUKAN
Najib Ahmad Marzuki. (2007). Psikologi Personal. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Chockalingam Viswesvaran, Jurgen Deller & Deniz S. Ones. ( 2007). Personality Measures in Personnel Selection: Some new contributions. International Journal of Selection and Assessment. Volume : 15 Number : 3 September 2007.
No comments:
Post a Comment