Model Pemilihan Pengurus Sumber Manusia
Dalam melaksanakan proses pemilihan pengurus sunber manusia di Samarinda Property Sdn. Bhd. adalah perlu bagi pihak atasan mengetahui aspek-aspek yang digunakan dalam proses pemilihan tersebut. Hal ini penting bagi memastikan bahawa calon – calon pengurus sumber manusia dinilai secara adil oleh pihak atasan. Dalam bidang pengurusan sumber manusia, antara aspek yang perlu diberi perhatian semasa proses pemilihan adalah berdasarkan kepimpinan dan kebertanggungjawaban, cara mengurus bahagian pengurusan sumber manusia. Kebertanggungjawaban adalah tahap kepimpinan yang dimiliki berkaitan dengan tugas yang diberikan, berkebolehan menjangka, menganalisis data dan mengetahui keutamaan. Kebertanggungjawaban kerja seseorang pengurus sumber manusia sangat penting kepada seluruh organisasi.
Pengurus sumber manusia perlu cekap dalam mengendalikan tugas yang diberikan tepat pada masanya. Antara kriteria yang boleh dinilai kepada pengurus sumber manusia ialah melalui tanggungjawab beliau seperti menilai bagaimana pengurus sumber manusia menguruskan hal ehwal pekerja dan mengurus pengambilan pekerja di dalam organisasi tersebut. Keadaan ini dapat dilihat bahawa pengurus sumber manusia bertanggungjawab memantau keadaan pekerja semasa menjalankan tugas setiap dua kali seminggu. Selain itu, ia dapat diukur dengan melihat bagaimana pengurus sumber manusia merancang dan menyediakan Belanjawan Sumber Manusia dan Pentadbiran Jabatan Korporat. Dengan ini, pengurus sumber manusia dapat mengawal atau mengurangkan perbelanjaan organisasi serta meningkatkan produktiviti pada setiap tahun.
Oleh kerana kerjaya sebagai pengurus sumber manusia adalah kerjaya yang sangat penting maka proses pemilihan jawatan seharusnya teliti dan menggunakan modul yang betul. Penerangan akan menjurus kepada model penting tetapi mudah, yang dikenali sebagai model umum. Model umum ini merupakan model pemilihan personel yang terdapat di dalam buku Psikologi Personel yang ditulis oleh Profesor Madya Najib Ahmad Marzuki, 2007.
Model Umum
Model ini merupakan model yang penting dan mudah diaplikasikan oleh setiap organisasi. Samarinda Property Sdn. Bhd. menggunakan model umum di dalam memilih pengurus sumber manusia atau jawatan – jawatan lain di dalam syarikat. Syarikat kami menggunakan model ini kerana ianya lebih sistematik dan jelas dalam membuat pemilihan pekerja. Modul ini mempunyai 7 fasa ketika melakukan pemilihan jawatan pengurus sumber manusia.
Fasa1 : Borang Pemohonan
Pemohon akan mengetahui kekosongan jawatan di syarikat kami di papan iklan di tempat – tempat awam, memo dan di laman web syarikat kami iaitu www.Samarinda.Property.com. Pemohon – pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di laman web syarikat kami sahaja. Borang permohanan yang lengkap perlu di hantar melalui pos atau hantar sendiri di pejabat syarikat kami. Pemohon perlu menghantar sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Pemohon perlu menghantar borang tersebut bersama dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Syarikat kami hanya membuka satu jawatan kosong sahaja. 50 orang calon akan dipih untuk menjalani saringan awal.
Fasa 2 : Penapisan Awal
Borang-borang pemohon akan diproses setelah tarikh penghantaran tamat. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. akan menjalankan proses penapisan awal. Calon-calon jawatan ini harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau setaraf berserta kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik dalam SPM. Selain itu, calon-calon harus memiliki perhitungan serta berkebolehan menganalisa dan mentafsir data dan teknikal yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan sumber manusia. Calon-calon yang tidak menepati kriteria yang ditetapkan untuk peramal secara automatik akan disingkirkan. Calon-calon juga akan disingkirkan sekiranya tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang dikehendaki oleh pihak syarikat. Borang-borang calon yang berjaya di dalam fasa ini akan diasingkan dan dipanggil dalam fasa ketiga. Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. telah menetapkan sebanyak 50 calon sahaja akan dipanggil mengambil ujian. Calon-calon ini dinilai dari segi pencapaian akademik dan pengalaman kerja.
Fasa 3 : Ujian – Ujian Pemilihan
Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. turut menggunakan fasa ketiga di dalam model ini. Calon-calon yang berjaya di fasa kedua akan dipanggil untuk menjalani ujian yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Calon akan menduduki ujian psikologi iaitu ujian personaliti, ujian sikap dan ujian tahap stress. Ujian ini dijalankan bagi memastikan calon mempunyai personaliti dan tahap emosi yang stabil untuk mengisi jawatan penting di dalam syarikat ini. Selain itu, ujian pengurusan sumber manusia dan ujian akaun turut dijalankan bagi memastikan calon mempunyai kecekapan dalam menguruskan bahagian Sumber Manusia Syarikat. Calon-calon akan ditapis melalui keputusan ujian yang telah dijalankan. Calon-calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Hanya 20 calon sahaja akan dipanggil temu duga.
Fasa 4 : Temu Duga dan Perekrutan
Calon –calon yang berjaya pada fasa ketiga akan dipanggil temu duga melalui surat rasmi dan panggilan telefon. Calon akan ditemu duga oleh pihak atasan Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. Antara penemu duga ialah pengarah syarikat sendiri, ketua pengurus syarikat, pegawai psikologi dan ketua pengurus bahagian sumber manusia syarikat. Soalan-soalan temu duga adalah berdasarkan pengetahuan diri tentang jawatan tersebut, gaji, persekitaran jawatan, kemampuan untuk bekerja dan pengalaman yang sedia ada untuk jawatan tersebut. Proses temu duga akan dijalankan selama 30 minit sahaja. Calon akan ditemu duga secara perseorangan
Dalam fasa ini, syarikat kami juga menjalankan proses perekrutan bagi melihat sejauh mana pemohon dapat melaksanakan tugasan yang akan diberikan oleh panel penemuduga. Proses prekrutan akan dijalankan secara berkumpulan. Tugasan yang akan diberikan kepada calon adalah berdasarkan kepada spesifikasi kerja. Calon yang berjaya akan diberitahu kelak. Hanya seorang calon sahaja yang diperlukan untuk jawatan ini.
Fasa 5 : Ujian Kesihatan atau Fizikal
Calon yang berjaya pada fasa keempat akan terus mendapat panggilan telefon dan surat rasmi dari syarikat kami. Sekiranya calon bersetuju dengan tawaran dari syarikat kami, calon dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh di klinik panel kami. Calon akan menunjukkan surat tawaran dari syarikat kami kepada klinik panel tersebut dan akan menjalani pemeriksaan secara percuma dan akan disahkan sihat oleh doktor panel kami. Ini merupakan proses terakhir pemilihan. Sekiranya calon tidak berjaya dalam pemeriksaan ini, seperti positif dadah, tawaran calon akan terus ditolak. Calon simpanan akan dipanggil untuk mengisi jawatan ini dan akan melakukan pemeriksaan yang sama.
Fasa 6 : Terpilih atau ditawarkan
Fasa ini merupakan fasa di mana calon yang telah berjaya melepasi fasa kelima dan telah terpilih untuk mengisi jawatan tersebut. Calon akan menunggu masa untuk melapor diri di Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. berdasarkan tarikh yang dinyatakan di dalam surat tawaran oleh pihak syarikat. Calon perlu bersiap sedia untuk memikul jawatan sebagai pengurus sumber manusia di syarikat kami. Calon dianggap mempunyai kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh syarikat kami.
Fasa 7 : Penempatan
Setelah melapor diri, calon akan ditempatkan di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. Surat perlatikan jawatan akan diterima setelah tiga bulan berkhidmat dengan jayanya di syarikat kami. Syarikat kami akan menyediakan tempat tinggal kepada jawatan yang ditawarkan ini. Selamat bertugas.
Ini merupakan proses-proses yang akan dilalui oleh calon-calon yang ingin mengisi jawatan pengurus sumber manusia di Syarikat Samarinda Property Sdn. Bhd. Model ini akan membantu pihak syarikat untuk memilih calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan ini. Proses pemilihan akan dijalankan secara teliti dan berperingkat kerana jawatan pengurus sumber manusia merupakan jawatan yang besar dan penting di dalam syarikat. Selain itu, model ini membantu untuk melicinkan pemilihan personel di syarikat kami.
salam..law ambk diploma pgurusan sumber manusia,subjek ape yg akn sy pelajari nati?
ReplyDeleteTitanium Bars | TITAN Art - TITAN Art
ReplyDeleteTIGER BARS are gold in a delicate and slightly samsung watch 3 titanium smoky-smoky-smoky design with a rich, smoky nano titanium vibe that titanium trim hair cutter reviews permeates titanium dioxide in food the walls of titanium white dominus TITAN artworks. Rating: 5 · 8 reviews